Monday, November 8, 2010

Orang Alim Masuk Neraka....Orang Jahil Masuk Syurga

Assalamualaikum w.b.t.....
Tajuk diatas mmg mengejut kan korang semua tapi semua nya benar2 berlaku.Aku pun terkejut berok jugak laa waktu aku terbaca dlm my favorite magazine MILENIA dan disini aku nk berkongsi drg korang semua apa yg dimaksud dgn tajuk yg daring di atas..
Cerita ini memberi gambaran kepada kita nak masuk neraka bukan susah senang jerr kerana kalau orang yang alim atau orang yang kuat beribadat pun kalau tidak IKHLAS atau mengharapkan sesuatu balasan tidak semestinya masuk syurga.Dan orang yang jahil tidak semestinya menjadi penghuni neraka.Jom aku nak berkongsi cerita2 yg menarik untuk di jadikan motivasi untuk aku dan korang semua untuk terus beribadat dan memperbaiki segala kelemahan kita kepada ALLAH s.w.t....

Cerita pertama...
Seorang yang sangat alim dan mustajab doa nya pada zaman Nabi Musa a.s mati masuk neraka.Puncanya kerana orang alim itu telah menyalahgunakan kemustajaban doa nya untuk tujuan tidak baik kerana terperangkap oleh taktik Firaun dalam usaha memusibahkan Nabi Musa a.s.
Firaun mendapat tahu ttg beliau telah memerintah pesuruhnya supaya meminta orang alim itu mendoakan Nabi Musa a.s sesat di padang pasir.Bila dimaklumkan perkara itu kepada Firaun maka diperintahkan supaya orang alim yang hidup susah diberi upah 10 kati emas.Bagaimanapun ia menolak kerana dia tidak mahu mengkhianati persuruh ALLAH itu..

Cerita kedua....
Seorang yang mengisi masa hidup nya dengan maksiat.Bagi nya adalah pelik pelaku maksiat dipilih sebagai penghuni syurga.Jadi ditayangkanlah kebaikan yang dilakukan nya semasa hidup.. Semua kerja kebaikan nya dilakukan kerna ALLAH tanpa mengharapkan balasan.Sewaktu dia kehausan di padang pasir beliau terjumpa satu perigi.Dengan lahap nya dia menceduk air dengan kasut nya untuk diminum tetapi tiba2 dia ternampak seekor anjing yang lemah dan tidak bermaya...
Tinbul rasa kasihan dihati nya pada nya tidak mungkin anjing itu dapat mencedok air dalam perigi itu lalu sebelum dia hilangkan rasa haus nya terlebih dahulu dia telah memberi air yang dicedok dengan kasut nya kepada anjing itu dan anjing itupun segar.Selepas itu baru ia mencedok untuk diri nya sendiri.Disebabkan dia mendahulukan kebajikan anjing itu maka dia tersenarai sebagai ahli syurga...MAHA KUASA ALLAH s.w.t yg lebih mengetahui...

Cerita ketiga...
Seorang lg lelaki yang hidup nya penuh dengan kejahatan juga hairan bin ajaib apabila selepas dia mati dia dipilih sebagai ahli syurga.Maka ditayangkanlah punca diri nya menjadi penghuni syurga.
Semasa hidupnya dia pernah mengatur dua ketul batu sebagai tempat membuang air besar ketika orang terdesak.Batu itu dibiarkan dalam keadaan begitu dengan harapan orang lain pula dapat menggunakannya bila berlaku hal yang sama dengan mereka.
Kebetulan tempat itu akhirnya telah menjadi tandas awam.Kerana sumbangan bakti tanpa mengharapkan balasan dan tidak disedari bahwa apa yang dilakukannya itu adalah satu bentuk kebajikan iaitu amal jariah dan lelaki berkenaan tersenarai sebagai ahli syurga..

Okay apa yg aku kongsikan bukan untuk ingat kan korang sahaja tetapi mengingatkan aku juga...
marilah kita saling mengingati sesama kita sekarang apa yang aku tengok tiada keikhlasan langsung dalam semua hal......renungkanlahh maaf kalau terkasar bahasa sebab aku pun bukan nya alim sangat tetapi insyaallah aku akan perbaiki....
wassallam.....

No comments: