Tuesday, October 19, 2010

Utk Man United Fans...

It looks like United will be without Ryan Giggs for an extended period of time after the Welshman suffered a recurrence of the hamstring in jury that forced him off against Bolton Wanderers back in September.

Giggs was forced off shortly before half-time against West Bromwich Albion, and United missed him badly in the second half.

The 36-year-old had trained all week and looked to be over the hamstring problem, but he suffered a relapse and he will need to be rested.

“The loss of Ryan as a wide player was a big one for us,” said Sir Alex. “He’s done his hamstring again. He got it against Bolton but he’d trained all week. He’d been doing very well, but it’s gone again and maybe we need to give him a longer recovery.”

Giggs’ departure from the game made a real difference as United didn’t have a natural winger on the bench to bring on in his place.

“We had a problem with Ryan coming off,” explained the boss. “We maybe didn’t have enough cover in the wide positions. Bebe had picked up a knock. He’s OK, but we decided to leave him out.”

APA YG TUN MAHATHIR BUAT ADALAH TEPAT

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat.
Ketika bercakap pada sesi dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program forum antarabangsa hari ini beliau turut menegaskan kes yang melibatkan bekas timbalannya itu bukan satu konspirasi.
Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang.
“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.
“Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,’’ katanya pada sesi soal jawab itu.
Terdahulu Dr. Mahathir diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-64, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Dr. Mahathir sebelum itu telah ditanya mengenai kes yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu oleh salah seorang peserta forum berkenaan.
Sehubungan itu Dr. Mahathir mahu semua pihak perlu berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan tuduhan yang sama.
“Memang kita akui seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah tetapi dalam kes terbaru Anwar jelas ia sama seperti kesnya yang terdahulu.
“Ini menggambarkan seolah-olah kes ini ada asas kebenarannya. Kes yang terkini disabitkan pada era pemerintahan orang lain dan bukannya zaman pemerintahan saya. Persoalannya mengapa kesnya sama? Tidak mustahil wujud asas-asas kebenaran dalam kes yang melibatkan Anwar itu,’’ katanya.
Sementara itu, Dr. Mahathir ketika menjawab soalan tersebut turut menarik perhatian peserta bahawa sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain.
Sekiranya ada beliau berkata, ia hanya untuk Ketua Hakim Negara.
“Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,’’ katanya.
Menjawab satu soalan lain, beliau menegaskan, semua negara termasuk kuasa-kuasa besar perlu menghapuskan penggunaan senjata nuklear kerana ia bakal memberi kemusnahan kepada beribu-ribu nyawa manusia dalam sekelip mata.
Beliau berkata, adalah satu perkara yang tidak adil apabila hanya negara tertentu sahaja dilarang memiliki tenaga nuklear sedangkan kuasa-kuasa besar bebas menggunakannya.
“Adakah ini yang kita katakan demokrasi tulen? Bagi saya semua negara mesti dilarang daripada membangun dan menggunakan senjata nuklear kerana ia langsung tidak memberi faedah kepada keamanan dunia sejagat.
“Senjata nuklear hanya akan merosakkan bumi dan akan menyebabkan nyawa manusia terbang umpama tiada harga. Hentikanlah perang, hapuskan senjata nuklear. Insya-Allah dunia akan aman,’’ ujarnya.

Hayati Lirik Ini

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara

Adakah Orang Melayu LEMAH

Ini berdasarkan apa yg aku baca dlm majalah milenia...perangkaan yg cukup mengejutkan 47 bayi luar nikah dilahirkan sehari.Jika kita melihat drpd statistik JPN dari tahun 2000 hingga Julai 2008 shj sebanyak 257,000 sijil kelahiran didaftar tanpa nama bapak.Ini membawa maksud secara purata dlm tempoh itu 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 83.3 kes setiap hari bersamaan setiap 17 minit 17 saat kes anak luar nikah didaftarkan di JPN.Pada tahun 2009 terdapat 17,303 orang anak luar nikah didaftarkan di JPN dengan purata 47 kelahiran setiap hari...Bilangan ini meningkat setiap tahun(betul tak apa aku katakan)
Ini belum termasuk melayu yg menghuni di pusat2 sehenti......tepi2 lorong yg tgh khayal dlm dunia sendiri.Dan ada lagi seperti yg kita maklum laaa merempit...pergaulan bebas..liwat.....hasad dengki....bercerai berai dan sebagai nyaaaa
Kalau kita kuat dgn semua benda nieee nk buat apa sahabat2 ku semua....
Kita lemah dari semua sudut atas bawah depan belakang kiri dan kanan..Kita masih mencari dimana sudut kekuatan kita orang melayu????????
Adakah mahu orang lain mengambil kesempatan atas keadaan ini...
Mana dia kata2 Hang Tuah
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Sekadar Renungan Bersama........

Kisah seorang budak kecik menguji kepintaran orang dewasa.Budak kecik itu membawa seekor anak burung dan bertanya kepada orang dewasa itu."Adakah burung di dalam genggaman tangan saya ini hidup @ pun mati".Budak kecik niee cerdik jika orang dewasa itu berkata hidup..lalu dia akan genggam anak burung itu sampai mati. Dan jika orang dewasa itu berkata anak burung itu mati...lalu dia longgarkan genggamannya supaya anak burung itu hidup...tujuan nya agar apa jua jawapan yg diberikan tetap salah...
Tapi orang dewasa itu ada jawapan nya" MASA DEPAN ANAK BURUNG ITU TERLETAK DI TANGAN KAMU"

Mari lahh kita fikir apa yg tersirat disebalik kisah ini.....

Monday, October 18, 2010

First Entry

Salam untuk semua...

Hari ini dalam sejarah. 18/10/2010 11.20pm maka lahirlah blog pertama dalam sejarah hidup aku. Terima kasih kepada isteri tercinta di atas bantuannya menciptakan blog ini. Kalau tak kerana dia rasanya sampai bila-bila pun aku tak akan ada blog sendiri.

Yelah sebelum nie aku asyik dengar isteri aku promote blog dia. Aku teringin sebenarnya nak ada blog ni dah lama cuma aku tak berapa nak expert lagi, so my noxius dah tunjukkan sikit-sikit cara dia, after this aku akan update blog aku sendiri hehehe. I'm a fast learner.

Oklah, blog aku ni simple ja tapi akan padat dengan topik-topik hangat, especially pasal politik. Sesungguhnya aku memang minat dengan politik ni, cuma tak tercalon jadi wakil lagi hahahahaha...

Selain tue, sudah sedia maklum, aku memang die hard fan dengan MU. Football player semestinya Ryan Giggs. So aku akan sentiasa update berita-berita terkini tentang MU. Kepada mereka yang ada facebook, aku adalah creator untuk MUFC Sungai Petani. So sesiapa dari arah utara boleh add aku di facebook by searching "Man Utd Fan Club Sungai Petani"

Jadi kepada blogger yang lain...selamat menjamu selera dengan cerita kedai mamak aku....hahahahahaha



Sekian, wassalam